Berdasarkan artikel ini, kesedaran yang rendah dalam kalangan ibu bapa dan masyarakat terhadap keperluan pendidikan anak orang kurang upaya (OKU) menyebabkan golongan ini sukar berdikari seterusnya gagal menikmati kehidupan seperti manusia normal lain.
Menurut Rektor Institut Pendidikan Guru (IPG) Makaysia, Dr.Azian TS Abdullah berkata, mungkin ibu bapa malu dan tidak mahu masyarakat mengetahui mereka mempunyai anak OKU menjadi antara faktor penyebab mereka tidak memasukkan anak OKU ke sekolah atau cuba mendapatkan bantua daripada kerajaan atau kumpulan sokongan.
Seperti kita sedia maklum, tidak semua anak anak OKU ini tidak berkemampuan untuk belajar. Malah ada antara mereka yang mampu untuk berdikari sendiri selepas mendapat pendidikan di sekolah. Terdapat golongan guru yang sememangnya ditugaskan khas hanya untuk mengajar mereka yang OKU ini. Dengan bantuan guru-guru khas ini, mereka dapat menimba ilmu sama seperti anak anak normal yang lain.
Pendidikan di Malaysia tidak akan membiarkan anak anak OKU terbiar begitu sahaja. Kerana mereka juga berhak untuk mendapatkan pendidikan. Terdapat sekolah sekolah biasa yang akan menerima anak anak OKU ini bersekolah. Hal ini membolehkan anak anak OKU ini bergaul dan bersosial dengan anak anak normal biasa.
No comments:
Post a Comment